Thursday, July 27, 2006

Al-Fatihah untuk Allahyarham Hani Mohsin

Bukan niat saya nak buka blog terus menulis fasal selebriti (betul ke ejaan ni?) . Tapi pemergian pelakon/pengacara Hani Mohsin begitu berkesan pada hati.

Pertama, kerana melihat kesedihan anaknya yang menyaksikan sendiri saat-saat ayahnya dijemput "pulang", sedangkan perjalanan mereka pagi itu penuh dengan gambaran keseronokan bercuti panjang bersama.

Kedua, baru 14 Julai lalu saya menyaksikan dia mengacarakan satu majlis bersama Ogy Ahmad Daud di Dewan Bahasa dan Pustaka. Begitu ceria dan segak dia malam itu sedangkan ketika itu Izrail sudah pun mendampinginya. Adakah Izrail sedang mendampingi kita sekarang? Hanya Allah Maha Mengetahui. Sebelum sampai masanya, sebelum Allah membukakan hijab, Izrail sendiri pun tak tahu.

Ketiga, pemergiannya di lapangan terbang lebih kurang sama seperti pemergian seseorang yang amat saya kasihi beberapa tahun dulu. Mungkin akan saya paparkan ceritanya di sini nanti....

Al-Fatihah untuk Allahyarham. Juga untuk Allahyarham kedua-dua ibu bapaku dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh. Amin.

Tuesday, July 25, 2006

Sebuah blog terlahir

Ini kali ketiga saya buka blog. Dua kali sebelum ini, buat blog (tulis 'testing' saja) kemudian lupa nak buka berminggu-minggu. Lepas tu lupa password, tak boleh nak buka. Adalah blog-blog tu "terapung" di alam siber agaknya, macam hantu raya tak bertuan. Atau dah berkubur pun.

Berapa panjang pula umur blog kali ni? Entah.............