Tanggal 8 March sudah berlalu.
Janji-janji yang ditabur sudah 'dibeli'.
Rakyat sudah menyatakan pilihan masing-masing.
Kuasa sudah ada di tangan.
Sekarang masa untuk mengotakan janji.
Sebagai orang Selangor, antara yang saya mahu tengok ialah dua kilang arak terbesar di negara yang terletak di Selangor, satu di PJ dan satu di Shah Alam, ditutup atau dialihkan ke negeri/negara lain.
Saya tak mahu dengar atau terima sebarang alasan kerana perkara ini yang sering disebut-sebut dan dikritik dulu, sama ada sebelum atau semasa berkempen. Perkara ini antara yang menarik minat ramai orang untuk memberikan undi kepada mereka. Kalau hanya pandai mengkritik tapi tak pandai membetulkan keadaan, maka sama sajalah yang dulu dan yang sekarang.
Undi bagi PRU ke-13 bergantung pada sejauh mana janji-janji itu dikotakan.
Hati rasa gusar melihat DAP mula mengeluarkan 'kuku'nya sedikit demi sedikit. Ini baru seminggu. Bagaimana pula dalam masa empat hingga lima tahun lagi? Orang Melayu jangan mudah lupa!
Thursday, March 13, 2008
Masa untuk menuntut janji
Posted by mak aji at 8:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam mak aji, lambatnya update! Banyak hari pergi cuti panjang ke? Perlahan-perlahanlah.... kita tak boleh masak mi segera!
Berita baik masjid seksyen 8 telah di unlock tetapi dengar kata masih tak boleh guna lagi sebab ikut the legalities. Seronok nampak agin dah masuk. Skit hari lagi boleh gunalah tu Insya-Allah.
Salam mak teh,
Seminggu dua ni saya sibuk sangat. banyak kerja, asyik balik lewat setiap hari. Kebetulan, kakngah pula operation mata (ada masalah sikit pada mata kirinya). Jadi, tak sempat nak update blog atau melawat blog orang.
Betul tu. Perlahan-lahan. Kita kena bagi masa, tapi jangan buat-buat lupa sudahlah!
Memang antara yang ditunggu-tunggu ialah surau seksyen 8 dibuka semula. Alhamdulillah. Saya belum dapat berita terbaru. Pak aji saya tu pun lagilah sibuk, tak sempat nak update dengan kawan-kawan surau seksyen 8.
Semoga segala-galanya menjadi bagaikan yang dihajati.
Post a Comment