Friday, March 21, 2008

Jangan marah kak!

Surat khabar The Star semalam kata, Kak Fidah marah dan merajuk bila tak dilantik jadi Menteri Kabinet. Mulanya nak letak semua jawatan termasuk ketua wanita dan MP. Tambah mengamuk lagi dan 'bergaduh' pula di telefon dengan Kak Ijat bila dapat tahu Kak Ijat dilantik jadi Penasihat PM (bertaraf menteri) tentang hal ehwal wanita.

Errrr....sebelum saya kena 'tembak', cerita di atas tu bukan saya reka ya tapi surat khabar The Star yang kata.

Lepas tu, wanita UMNO kata mereka kesal sebab tak ada wakil mereka dalam kabinet. Saya terfikir sendiri, Azalina tu bukan wanita UMNO ke? Dia wakil Pemuda ke?

Tiba-tiba hari ini Azalina kata, ikut perlembagaan Puteri UMNO, mana-mana ahli Puteri yang sudah berumur lebih 40 tahun secara automatik jadi ahli Wanita. Errr....kak Fidah dan ahli-ahli wanita tak tahu ke fasal ni?

Mengapa Azalina terpinggir?

Macam nilah akak-akak semua. Kami yang kat luar ni rasa malas tengok orang tua-tua ni bergaduh sesama sendiri. Macam mana nak jadi pemimpin yang baik kalau masalah dalaman sendiri pun tak selesai?

Selesaikan dulu masalah dalaman. Barulah orang pun hormat dan sejuk mata memandang. Tak gitu akak-akak semua?

Jangan marah saya. Saya menengok dari sudut rakyat biasa saja.
;-)

Tapi, yang kita semua boleh pelajari daripada semua pergolakan yang berlaku sekarang ialah, yang menang tak semestinya menang, dan yang kalah tak semestinya kalah. Yang nampak menang tak semestinya betul-betul menang. Kadang kala, hanya menang sorak tapi kampung tergadai. Alahai, macam pak kadok!

Makanya, yang menang sekarang ini jangan cepat lupa diri!

7 comments:

jorazak said...

mak aji
kak pidah ngan kak ijat agaknya tak puas hati kat dik lina sebab dia tak pegang jawatan dlm wanita. masa dia jadi ketua puteri, TDM yang bagi on silver platter. in fact masa puteri nak ditubuhkan memacam bangkangan. now, the only way for dik lina prove herself dengan memenangi jawatan dlm wanita, which is most unlikely kalau dua kakak tu bergabung. menang tak bertanding di Johor tak ada apa nak dikecohkan. masih lagi kubu selamat bn di sana mcm sabah & sarawak. come UMNO election nanti
dik lina kena show her true grass root support.

Sri Diah said...

Mak Aji;
Memang hodoh org tua bergaduh - bergaduh pulak sebab nak rebut jawatan. Udah-udahlah. Cukuplah denga apa yanga dia dah. Jangan kengkang orang lain nak naik. Awak berdua tu kalau tak bagi peluang orang baru, macamana Wanita nak ada pelapis. Tak gitu?

Sri Diah said...

Typo error : Udah-udahlah. Cukuplah denga apa yang dah ada.

mak aji said...

Encik Jo,

Memang masa Dik Lina nak bina istana "Puteri" dulu kecoh satu negeri. Macam-macam isu lah yang timbul termasuk isu lesbianisme...:). Dik Lina pula, kenalah ambik hati orang-orang veteran tu. Tak salah kalau sekali sekala menunduk sikit. Dan saya setuju, masa umno election nanti, dia kena 'berani' bertanding untuk tengok sejauh mana dia dapat sokongan wanita.

Sri,

Dah lama dah pegang kuasa. Dah sampai masanya bagi peluang orang lain pula nak merasa. Rakyat mahu perubahan. Wanita Umno tak nak ke berubah? ;)

Anonymous said...

sya tertşnggl keretpi sikit dlm bab politik ni...but in my mind s i was readingtthis... sya terbayangkan the classic scene dlm filem melyu... pompun pompun yg terlibat bergaduh sambil tarik tarik rambut...

saya setuju dgn mak aji...

Kaktiny said...

salam mak aji..
minat dengar cerita politik, tapi penat tengok dunia politik yang tenat..

mak aji said...

Salam Simah,

Lebih kurang begitulah. Cuma, sebab nak maintain 'high class', taklah sampai bertarik rambut.

Salam kaktiny,

Memang penat. Dan saya setuju, dunia politik kita sekarang ini makin tenat. Kedudukan orang Melayu pun tenat juga sebab politik nak jaga hati 'orang lain'..