Semalam saya pergi jemput pak aji di KLIA (baru balik dari out station). Kereta berderet-deret menunggu sehingga ke luar bangunan KLIA. Semakin ramai yang tak mahu masuk ke tempat meletak kereta, nak jimat duit. Termasuklah saya.
Akhirnya dapatlah saya menyelit di antara deretan kereta berhampiran Pintu 7. Kereta berderet-deret menunggu sehingga double parking. Kebanyakan kereta ditunggu pemandu. Tetapi ada juga kereta yang diletakkan begitu saja tanpa pemandu. Tapi yang peliknya, polis-polis yang ada di situ buat tak tahu saja walaupun di tangan masing-masing ada `buku saman’. Tak ada satu kereta pun yang `diusik'.
Kalau dulu, mesti banyak yang dah kena saman terutama yang ditinggalkan tanpa pemandu. Kereta yang ada pemandu pula pasti sudah ‘dihalau’ pergi kerana tak boleh menunggu di situ. Hanya boleh mengambil orang yang dijemput sahaja. Dulu, pernah juga saya terpaksa berpusing dua tiga kali sementara nak menunggu pak aji keluar sebab takut disaman polis yang bersedia dengan muka bengis, buku saman dan pen di tangan. Kalau saya sampai terlalu awal, saya akan letak kereta di tempat meletak kereta walaupun terpaksa bayar. Malas dikejar-kejar polis.
Terfikir saya, mungkin pak polisi kini disuruh lebih berperi kemanusiaan dan bertolak ansur dalam keadaan serba gawat dengan kenaikan harga minyak sekarang. Tutup sajalah mata sebelah bila lihat kereta berderet-deret menunggu. Bukannya lama sangat pun. Sesak masa nak isi minyak dulu lebih teruk lagi daripada sesak di KLIA :-).
Kalau benar, baguslah dan terima kasih polis. Dalam masa yang serba sesak sekarang, perikemanusiaan dan timbang rasa memang amat diperlukan.
Terima kasih Encik Polis.
Monday, June 16, 2008
Terima kasih Encik Polis
Posted by mak aji at 4:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mak aji
agaknya kuota untuk minggu tu dah cukup. kalau tak masakan buaya menolak bangkai. hi, hi, mungkin mood dia baik hari tu sebab baru dapat rebate roadtax.
Encik Jo,
Hahahaha! satu pendapat yang bernas! apa pun, saya cuba bersangka baik!
Post a Comment