Semalam satu lagi gigi susu abang tercabut. Bila saya tanya di mana dia taruh gigi itu, dia kata dia simpan di bawah bantalnya.
“Nak buat apa abang simpan gigi tu bawah bantal?” tanya saya.
“Nak suruh bidadari gigi ambil. Nanti dia gantikan dengan buku ke, dengan mainan ke,” kata abang.
Huh!??...Bidadari gigi?
“Alaaa...tooth fairy lah mak!” sampuk kakngah.
“Mana abang tahu fasal bidadari gigi ni?” tanya saya.
“Abang tengok dalam Rolly Polly Olie (lebih kurang begitulah bunyinya. Satu cerita kartun di TV). Bila gigi dia tercabut, dia letak bawah bantal. Kemudian bidadari gigi ambil gigi tu, lepas tu dia letak mainan kat bawah bantal Olie,” jawab abang.
“Itu dalam cerita aja bang. Kalau betul-betul tak ada bidadari gigi,” kata saya.
“Adalah mak.....!!!” balas abang bersungguh-sungguh.
“Kita orang Islam. Kita tak percaya ada bidadari gigi.”
“Tak apalah mak. Abang nak letak juga gigi tu kat bawah bantal,” abang berkeras dan saya pun mengalah.
Pagi tadi, abang angkat bantal dan tengok gigi itu masih ada. Dia ambil dan beri pada saya.
“Nah, mak simpanlah mak.”
“Abang tak nak simpan bawah bantal lagi? Tak nak tunggu bidadari gigi ambil gigi abang ni?” tanya saya.
“Tak nak. Sebenarnya abang tahu, betul cakap mak. Bidadari gigi tu tak ada! Tapi abang saja aja nak tengok sendiri, betul ke tidak,” katanya.
Saya senyum.
Begitulah kita. Kadang-kadang kita tahu apa yang dinasihati orang itu adalah benar, tapi kita masih mahu mencuba. Lebih puas belajar daripada kesilapan dan pengalaman sendiri daripada sekadar menerima bulat-bulat pandangan orang lain. Jatuh bangun dalam kehidupan, itulah yang mematangkan kita.
Wednesday, February 13, 2008
Bidadari gigi
Posted by mak aji at 1:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hu uh, anak2 ni banyak kena confirmkan dengan amali, setakat cakap-cakap jer susah depa nak terima...cuma kita as parents kena tapis2 apa benda yang dia nak amalikan tu ya tak?
Betul tu OndeOnde. Anak-anak ni bukan nak terima semua cakap kita. Elok juga mereka belajar daripada kesipalan sendiri. Tapi, rasa takut juga kalau kesilpan itu fatal, atau dah tak boleh diperbetulkan. Minta-minta tak sampai jadi begitu. Amin.
Post a Comment