Friday, September 01, 2006

Langgar

Bulan Ogos agaknya bulan kempen “Mari Kita Langgar Kereta Orang” dalam keluarga saya. Kaklong rasmikan “kempen” pada awal bulan, adik saya pula buat “upacara penutup” pada hari terakhir Ogos.

Saya bersantai sahaja di rumah petang tu bila adik telefon. Suaranya panik. “Alang, adik kat tempat parking Giant ni. I hit someone’s car lah! I nak reverse kereta, tak sedar dekat sangat pula dengan kereta tu. Terus terlanggar. Kemik sikitlah. Nak buat apa ha?”

“Do you want to be honest or do you want the easy way out?” saya berseloroh. Saja nak kurangkan panik adik.

“What’s the easy way out?” tanya adik.

“Cabut larilah!” saya ketawa.

“Eh! That’s a good suggestion! Why didn't I think of it before?” dalam panik, adik pun masih sempat bergurau. “But, seriously, what do I do now?”

“Ada dua pilihan saja,” kata saya. “Sama ada adik pergi ke kaunter penerangan Giant, minta staff di situ tolong page tuan kereta atau tunggu sahajalah di situ sampai tuannya datang. Tapi, kalau dia tengah bershopping sakan, jenuhlah nak tunggu.”

“I think I’ll just wait here. Nak tengok tuannya Melayu ke bukan. Kalau Melayu, I will own up. Kalau bukan, I buat tak tahu ajalah,” giliran adik pula berseloroh.

“Habis, kalau bukan Melayu tu bukan orang ke? Dia pun orang juga tau. Dosa menganiaya orang ni sama aja,” kata saya.

“I was just kidding lah! I’ll go page the owner now,” Kata adik.

Saya telefon adik dalam 15 minit kemudian. “Ha... macam mana? Dah jumpa tuan kereta? Dia marah tak?”

“Dah. Adik pergi page dia di kaunter. Lepas tu patah balik ke keretanya. Dia ada di situ tengah masukkan barang dalam kereta. Dia tak dengar pun pengumuman panggil dia tu.”

Menurut adik, tuan punya kereta seorang lelaki Cina pertengahan umur. Dia tak sedar pun keretanya kena langgar sampailah adik memberitahunya. Mereka kemudian bertukar-tukar nombor telefon untuk menyelesaikan soal bayaran membaiki kereta lelaki itu nanti.

Kata adik, dalam panik sebenarnya ada juga terbetik di fikirannya untuk mengambil jalan mudah macam yang saya “cadangkan”, cabut saja dari tempat itu. Tapi dia tak sanggup pula. Keretanya sendiri pernah dilanggar di tempat letak kereta. Yang tukang langgar cabut lari begitu sahaja. Memang sakit hati kalau kena begitu. Berbakul-bakul sumpah pada si tukang langgar yang pengecut itu. Orang yang langgar lari memang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

“Hai...larilah budget bulan ni. Tapi tak apalah. At least my conscience is clear,” kata adik.

Yang membuatkan adik rasa tersentuh ialah bila lelaki Cina itu kata, ” I appreciate your honesty and sincerity that you waited for me. I can pay for the damage myself but each of us has to be accountable for what we do because we are honest people. Each of us pray in our own way but I guess, in the end, we pray to the same God.”

Apa pun, bagi saya adik dah buat satu sumbangan yang, walaupun nampak kecil, tetapi besar ertinya dalam menaikkan nama dan imej orang Melayu dan Islam pada mata orang bukan Islam. Apa lagi sejak kebelakangan ini orang Melayu amnya dan orang Islam khususnya asyik dilemparkan dengan pelbagai kecaman dan tohmahan walaupun sebahagian daripada kecaman itu hanyalah diperbesar-besarkan dan tidak menyamai hakikat sebenar. Sekurang-kurangnya lelaki itu mungkin akan kata pada orang lain yang dia pernah bertemu dengan orang Melayu Islam yang jujur.

Berkenaan menyembah Tuhan yang satu itu saya tak berani nak komen banyak sebab saya bukan alim ulama. Ustazah pun bukan. Cuma saya teringat kepada surah al-Kaafirun (surah 109: ayat 6) yang terjemahannya berbunyi:

“Katakanlah; “Hai orang-orang yang kafir.
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Bagimulah agamamu, dan bagikulah agamaku.”

Soal kejujuran dan soal akidah, dua soal yang berbeza.

2 comments:

AuntyN said...

Insaf sekejap baca entry makaji ni hehe. Harap2 tak lah jadi macam tu. Paling baru tu orang langgar kereta AN adalah. Pernah jugak dulu masa kat kampus, AN bawak kereta kawan kemudian langar bumber orang. Kereta tu kemik sikit lah, kereta yg kena langgar tak nampak kesan pun. AN ada lah berterus terang dengan kawan (tuan punya kereta tu) tapi tak cari pun siapa owner kereta yg AN langgar ru. :(

Anonymous said...

AN, saya masa baru-baru bawa kereta dulu pun pernah terlanggar lori kecil kat tempat parking. Nombor platenya jatuh. Panik punya fasal, cabut lari (maklumlah muda lagi). Sampai sekarang rasa menyesal sangat. Kita semua ni memang tak lari dari buat silap kan? Cuma harap-harap semakin lama kita semakin matang menangani kesilapan kita tu.