Thursday, January 17, 2008

Sabtu ini....

10 Muharram di Malaysia jatuh pada hari Sabtu ini.

Antara peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram:

Allah swt menjadikan alam
Allah swt mencipta makhluk pertama iaitu air
Allah swt menjadikan Adam a.s.
Allah swt mengampunkan dosa Nabi Adam a.s.
Allah swt menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. daripada dibakar api Raja Namrud
Nabi Yunus a.s. keluar daripada perut ikan Nun
Nabi Yusuf a.s. keluar daripada penjara
Nabi Nuh a.s. selamat mendarat dengan bahteranya
Nabi Musa a.s. membelah Laut Merah yang kemudiannya menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya.
Nabi Syuib a.s. dan Nabi Idris a.s. sembuh daripada penyakit
Allah swt mengampunkan dosa Nabi Daud (yang meminta isteri ke 100 setelah mempunyai 99 isteri).
Nabi Sulaiman a.s. ditabalkan menjadi raja menguasai dunia termasuk jin dan haiwan
Nabi Zakaria a.s. berjaya keluar daripada penjara Raja Rhodesia
Saidina Ali dibunuh oleh musuh-musuhnya
Nabi Salleh a.s. berjaya menyelamatkan kaumnya daripada ditelan bumi
Nabi Yahya a.s. berjaya menyelamatkan diri daripada dibunuh.

Dan (semua orang Islam pun tahu), yang penting bagi kita umat Islam hari ini, berpuasa sunat 10 Muharram.

Bagi membezakan kita dengan amalan kaum Yahudi yang juga berpuasa pada 10 Muharram kerana merayakan kejayaan Nabi Musa menumpaskan Firaun, Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya turut berpuasa pada 9 Muharram.

Selamat berpuasa!

4 comments:

jorazak said...

Mak Aji
Tak puasa ke ari ni.? Puasa sunat hari khamis, terus sambung sampai hari sabtu.

mak aji said...

InsyaAllah! Sama-samalah kita.
Mana pergi blog Encik Jo? Dah tak ada dah. Rugi tak dapat baca komen bernas Encik Jo.

jorazak said...

Mak Aji
Blog saya masih ada di tempat sama: jorazak.blogspot.com. Artikel di utusan online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
berkenaan ibadah puasa asyura...

mak aji said...

Thanks for the info ;-)